Friday 20 July 2012

ramadhan yg dirindui tiba lagi !


           hai..hai.. Assalamualaikum to all muslim ;) skarg ramai trend citer pasal "ramadhan" ken ? Ye la.., esok dah nak puase.. Bestnye.. Woottss..woottss... haha xD 
Ha ! skarg nie anis nak tukar tajuk pulax., [bole pulax macam tuh :p] Anis nak cakap pasal "KELEBIHAN ORANG YG BERPUASE
Puasa adalah satu ibadah yang difardhukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda. Kefardhuan ini dinyatakan secara jelas oleh Allah SWT melalui wahyuNya di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud “wahai orang-orang yang beriman, difardhukan ke atas kamu berpuasa, sepertimana yang telah difardhukan ke atas umat terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa”.

Terdapat banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah SAW yang bermaksud “puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini berpuasa - 2 kali -. Demi diriku yang berada di tanganNya, bahawasanya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata keranaKu. Ibadat puasa itu adalah untukKu dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya, dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali ganda”. ( Hadith riwayat al-Bukhari ).
Berdasarkan hadith ini sahaja, beberapa kelebihan akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa :
Pertama : Puasa itu adalah perisai. Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai dari api neraka. Barangsiapa yang mahu terdinding dirinya daripada api neraka, maka hendaklah ia berpuasa.
Ada ulama menyebut bahawa puasa itu sebagai benteng atau penahan bagi orang yang berpuasa daripada segala nafsu syahwat yang merosakkan puasanya. Maka apabila seseorang itu berpuasa, ia akan dapat mengekang nafsu yang buruk bagi dialihkan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebajikan dan pahala.
Kedua : Adab seorang yang berpuasa ialah menjaga anggota pancaindera daripada melalakukan dosa dan maksiat. Di dalam hadith ini disebut secara jelas larangan mencela dan berkata kotor. Secara lebih umum, larangan ini merangkumi segala perbuatan buruk. Ini adalah kerana falsafah daripada ibadat puasa itu sendiri adalah untuk menghalang seseorang manusia daripada perlakuan negatif. Puasa bukan setakat tidak makan dan tidak minum bahkan anggota zahir dan batin turut berpuasa. Anggota badan seperti mata mesti dijaga daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan syarak. Mulut dan lidah pula hendaklah dikawal agar tidak memperkatakan perkara-perkara cela dan keji, begitu juga telinga, kaki, kemaluan dan seluruh anggota lain... 
   
#tengokk macam nie p0n dah tauu anis copy paste je., hehe.. sory.. anis nak citer tapi tak pandaaii.., sebab kalau anis citer macam orang kelingg dahh.. haha xD  okeyy lah.. anis nak outt.. sampai c-nie saje... Last word ---> "SELAMAT MENYAMBUT BULAN AL-MUBARAK., semoga bulan nie menjadi bulan yg bermakne bagi kitaaa" babye.. *Assalamualaikum* ^^

            
suka ? like la :D

No comments:

Post a Comment